Tuesday, July 31, 2012

Penjenamaan Semula Nama Kelab

JCyC

Sukacita dimaklumkan bahawa Blog ini kini dikenali sebagai Jitra Cycling Club. Penjenamaan semula ini melibatkan perubahan nama, logo dan keahliannya yang lebih terbuka kepada kalangan warga Jitra dan yang berhampiran.

Fokus utama kami adalah untuk menyatukan rider-rider sekitar Jitra dan sama-sama berkongsi pengalaman, trek kayuhan dan mengeratkan silaturahim dengan rider-rider lainnya. Keiltizaman kami itu boleh dilihat dalam pelbagai aktiviti yang telah dibuat seperti kursus, bengkel dan lain-lain lagi. Kemuncaknya, hasil dari kerjasama warga Jitra, Kedah Jamboree berjaya diadakan pada tahun 2009, Darulaman Downhill (MDHS series 3) pada 29 Mei 2011, Kayuhan Sejahtera Kedah pada 01 Oktober 2011 dan yang terbaru menyumbangkan tenaga untuk penyediaan  trek dan mashall untuk Kubang Pasu CP3 Jamboree pada 19 Mei 2012 lalu. 

Sukalah dimaklumkan bahawa kami telah berada di persada MTB sejak dari tahun 2006/2007 lagi bahkan ada ahli yang lebih lama lagi dari itu. Telah meneroka trek-trek sekitar Jitra bahkan telah berjaya menaikkan nama Kedah melalui penganjuran yang dinyatakan tadi.

Sudah ramai antara kami yang meminati MTB, tidak kurang juga yang meminati Roadbike, ada juga sukakan yang lebih lasak iaitu Downhill dan masih ada lagi yang bermain BMX. Sukan basikal tidaklah statik, kepelbagaian dalam sukan ini juga meluaskan cabang keahlian. Kedah Downhill (KeDH) juga bergabung di bawah kelab ini. Kepelbagaian inilah yang menyatukan kami, sama-sama bergerak dalam kelompok yang meminati sukan basikal.

No comments:

Post a Comment