Wednesday, August 29, 2012

Kayuhan Mencéwi – Spin and Grin

IMG_0918

Laluan: Jitra – Alor Setar - Jitra - Tunjang – Alor Setar

Gerombolan 16 roadie  yang bermula dari 2 lokasi bertemu di Anak Bukit. Kayuhan sebagai meraikan sahabat dengan RB barunya dan mencewi kelunakan putaran ‘kong’  jenama Spinergy. Kayuhan santai selang laju bagi membiasakan ahli  dengan rentak kayuhan dalam jemaah.

Sudah ramai kalangan kami yang memilih roadbike. Ia sebagai pilihan untuk kayuhan yang berkonsepkan enduran disamping mempelbagaikan dan merasai aneka kenderaan 2 roda tanpa enjin ini. 

Saudara Nasron sudah mula berjinak dengan genre baru iaitu RB. Penampilannya dengan S-Work TARMAC SL4 – Saxo Bank yang di customizednya beserta komponen Dura Ace dan wheel set Spinergy STEALTH FCT.

2 rakan lagi iaitu Zalmi dan Art turut meranggikan basikal mereka dengan wheel set Spinergy XAEro Lite. Kalangan team kami memilih menggunakan wheel set Spinergy (samada RB/MTB) kerana rim ini sudah terbukti ketahananya. Ia menggunakan teknologi PBO (polyphenylene bensobisoxazole) Fiber Spoke yang dapat menyerap hentakan, ringan dan  putaran yang lebih lancar.  Ianya 3 kali lebih kukuh dari stainless steel dan sangat ringan.

Light and Fast!!!

 

IMG_0917

16 Rider dari Alor Setar, Jitra dan termasuk seorang wakil SPCC

IMG_0915

Menanti rakan dari Jitra di hadapan Istana Anak Bukit

IMG_0921

Barang baru – perlu diselaras untuk menyesuaikan

IMG_0923

Otai RB

IMG_0925

ART & ART

No comments:

Post a Comment