Tuesday, September 11, 2012

Mendaki Bukit Kelubi Menelusuri CP3

IMG_1305

Sabtu, Tanggal 8 September, selepas 21 hari beraya,  22 orang jejaka dengan kudrat yang ada mengerah tenaga mendaki Bukit Kelubi. ‘Let All Mountain Bukit Kelubi – CP3’ jolokan di beri. Ramailah penunggang AM/FS menyahut seruan, tak ketinggalan geng hardtail.

Pertemuan bermula di Anjung Kelubi. Sambil menanti kehadiran rakan-rakan sempat menjamah roti canai  melapik perut buat pemberi tenaga. Permulaan acara dengan bacaan doa  dipimpin oleh Al Ustaz Raja memohon keberkatan dan keselamatan dari segala bala, akhirnya pada jam 8.15am gerombolan ini berbondong-bondong mendaki Bukit Kelubi. Sampai dipuncak taklimat ringkas diberi. Pelana direndahkan, tukar ke gear yang tinggi. Turun seorang-seorang, bergerak sambil menjarak untuk mengelak kawan yang tersentak. Denai yang curam, laluan berbatu. Cabaran pada yang baru , tapi biasa pada yang ‘tegar’… Di ‘Batang Berjuntai’ kembali berkumpul, bergambar kenangan berlatarkan pemandangan. 2 orang sedikit malang, sedikit cedera yang tidak berbekas. ..

Di kaki Bukit kembali berkumpul, dari 22 yang datang, 9 yang pulang. Yang lain menerus cabaran di Laluan CP3. Menjamah  trek ‘ Che Yeh’, meredah akar di section akar sebelum mendaki menyusuri laluan ‘Kedah Jamboree’. 

Kayuhan tamat pada jam 11.30am dengan jarak kayuhan 16.9km.

Lagi gambar di FACEBOOK kami

IMG_1365

Anjung Kelubi .. Sarapan di sini, pekena roti

IMG_1246

Memohon kepada Yang ESA

IMG_1275

Sungai Mekong ?

IMG_1277

R & R : Setelah penat berhempas pulas

IMG_1280

Check Barisan & Taklimat DH

IMG_1307

Posing Di Batang Berjuntai ..

IMG_1310

kerumun gerek - Brek hangit …. lekat

IMG_1320

Kapitan

IMG_1343

Rehat lagi sebelum menempuh cabaran

IMG_1349

Section akar yang mengancam

IMG_1355

Menelusuri Laluan Kedah Jamboree 2009

IMG_1361

Pancat & Pancit

No comments:

Post a Comment